Wednesday, December 24, 2014

Macau Day 1 Part 2

***Setelah banyak halangan (Read: Alasan) untuk buat next entry pasal trip ni, bertabahlah berusaha lebih keras sebelum sel sel dalam otak berhenti berhubung. Pernah juga sedang ada mood menulis, tiba tiba black out. Ko ghase? Ok jom baca entry yang 2 minggu dah kepam dalam draft***

Dah hampir 2 bulan kitorang balik dari bercuti. Masih mencuba mentabahkan diri untuk membuat entry. Salahkan kawan kawan yang pergi bercuti tu. Moral down tengok gambar gambar diorang. Boleh pakai tak alasan tu? Ok jom sambung dari entry awal kami sampai.


Sampai je kat Outer Harbour Ferry Terminal di Macau kitorang disapa dengan angin sepoi sepoi bahasa. Hanya ada 2 kaunter imigresen disediakan untuk foreigners dan yang lain untuk warganegara Macau & HK. Keluar je dari imigresen diorang, jangan terkejut orang duk terpa sapa korang dengan macam macam pakej. Antara ko nak dengar atau tak je. Kami memang terus melangkah terus ke taxi terminal. Mengikut kepada pengalaman ke Seoul dulu. Memang penting kalau kita ada alamat dalam bahasa diorang. Tinggal tunjuk dan tunggu kalau kalau driver taxi tu angguk ke geleng kepala je.

Perjalanan kami di Macau memang guna taxi je sebab nak kejar masa. Dari terminal ferry ke hotel kami HKD33 termasuk extra HKD5 kalau kita ada barang nak letak dalam bonet teksi. Oh ya lupa nak kabo, kita tak perlu pun tukar currency Macau which is Macanese Pataca (MOP) They accept your HKD too. Kiranya 1 MOP = 1 HKD. Kalaula you all bayar in HKD tapi dapat balance in MOP, make sure you use all your MOP notes before masuk HK balik. HK tak terima duit MOP ye. So plan la sikit cara spend duit korang kat sana.

Sampai je hotel, pleasant lobby & super efficient staff upon check in. Kami decide nak segarkan diri dulu memandangkan kali terakhir mandi adalah jam 3am tadi. Gedebak gedebuk dah sejam lebih jugak jadinya. Lebih kurang jam 8 macam tu baru bergerak cargas ke destinasi pertama.


The Venetian. Ia merupakan sebuah hotel mewah yang mempunyai pelbagai jenis entertainment termasuklah kasino. Yes. Kat sini Muslims are allowed to enter the casino. Dari area hotel ke sini dalam 8km. Naik teksi kena charge HKD49.50 sampai terus ke muka pintu. Haha. Masa ni nampak orang beratur agak panjang untuk gunakan shuttle bus ke destinasi lain. Well actually memang kebanyakan kasino kat sini ada sediakan shuttle bus for free tapi kena beratur dan time consuming sikit lah.

Masuk je terus rasa jakun. Dan of course lah yang berhijab itu tersangatlah kurang. Even ada juga ramai kenalan pelik kenapa kami nak ke Macau kalau dah tau takleh berjudi. Bak kata pepatah omputih, "Its better to see something once, than to hear about it a thousand times". Gituhhh! So kami terus ke concierge untuk bertanyakan lokasi food court sebab ada baca blogger kata ada halal nasi beriyani kat sini. 


Tadaaa~~!! Dah jumpa. Actually ada satu lagi kedai kat sini nama Rasa Singapura. Tak sure halal ke tak. Oleh kerana dah lapar, harus lah mintak nasi kan? Istilah alas perut tu


This it is. My RM40+ nasi beriyani. Makan dengan some sort macam yogurt. Erghhhh. Terus teringat nasi beriyani kat Kapitan, Penang tu. Ada macam macam menu dan ada few choices of drinks too.


Ni rupa food court dia. Berbumbungkan awan biru gitu. Orang memang ramai tapi still boleh dapat seats. Dont worry


Lepas makan terus strolling dalam kawasan dia. Banyak juga kedai kat sini. Motif sangat posing belakang Pandora kan. Dengan harapan ada orang belikan gold bracelet dorang. Baru nampak macam jemah joyah. By the way, Tony Moly also spotted here. Too bad my favourite hand cream takdok kat sini. Nangis!


Selain daripada nak melihat rupa sebenar kasino dengan mata kepala sendiri, kami ni berhajatlah nak naik gondola ni. Feeling feeling kat Venice. Harga per pax HKD118. Masa ni dah jam 9+, bila sampai kat kaunter ticket dia cakap diorang dah tak terima lagi customer since dorang tutup jam 10pm. So enjoy je la tengok orang yang berkesempatan. Nanti pendayung ni saja duk goyang goyang kan gondola tu. Ala ala thrill sikit la. Dia tak tau kalau buat kat tuan tanah mau dia kena hempuk dengan pendayung tu balik.





Pardon for my selfie. Sedang asyik yang dua orang tu masuk kedai kedai sukan untuk cari kasut, Terjumpalah tuan tanah dengan kedai ni. Fuhhhh! Sakan tuan tanah duk belek semua benda dalam ni.


They sell last season jersey with 40% discount so lepas discount jadi lebih kurang RM80-RM100. Mau tak sasau tengok ni. Duk la sms abang tercinta kot la dia nak kan. Tak direply nya pulak. Too bad la kan bila adik kesayangan dia nak belanja jersey. Yang current season punya jersey pun baru cheaper than kat Malaysia. Belom tengok yang untuk toddlers. Sasau sasau. Nasib masih boleh bawak bertenang.


Restoran ini sebenarnya tiada dalam planning sebenarnya. Tapi oleh kerana ternampakkan ice cream dia yang rare dari kat Malaysia, terus rasa nak cuba tu jadi extra aggressive. While makan benda ni la semua duk belek handphone since ada wifi. 

Masa ni la tuan tanah dikejutkan dengan whatsapp dari one of my close colleague kat office. Dia message cakap mak dia dah meninggal dunia. I was so shocked, speechless dan rasa nak menjerit. Sebelum pergi, one of my bff admitted kat hospital sebab demam tak kebah. Ni mak kawan pulak meninggal. Gua jauh bai. Kalau dekat, sepantas kilat dah sampai. Terus call the other colleague to ask. Arwah mak kawan ni sihat walafiat. Even siang tu pergi kenduri kahwin lagi. Dalam jam 7pm siap adik kawan ni rekod video mak ni main dengan cucu. All of sudden dia kata dia penat, sesak nafas & terus tak sedarkan diri. Bila bawa ke hospital, doktor sahkan dah meninggal dunia. In a positive way, hasrat mak nya tercapai. Arwah selalu doa kalau dia nak meninggal pun janganlah susahkan suami & anak anak. See, sekelip mata. Masa ni tuan tanah rasa bertuah sangat Allah bagi kami sekeluarga peluang jaga arwah Abah waktu sakit. Ada juga kenangan & pahala untuk kami. Al-Fatihah untuk allahyarhamah Norliza binti Hj Abd Latif. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman serta Allah jauhkanlah beliau dari seksaan kubur & azab api neraka. Aamin. 


Dari The Venetian, kami plan nak ke Hard Rock. Jadi layanlah ambil gambar sikit kat kawasan luar Venetian ni. 




Rupa dari luar. Ramai orang. Susah rasanya nak ambil gambar tanpa ada objek lain yang photobomb.


On the way nak ke Hard Rock tu ada satu lagi kasino yang famous dengan The House of Dancing Water. City of Dreams namanya.  Too bad jugak sebab dancing water tu tutup jam 9. So sekadar jalan jalan sekitar situ je lah.


Semua pun pink kat lorong ni. Carpet dia pun lembut je. Kitorang memang dah siap duduk duduk tinggal belum golek golek je. Dah la memang dah penat badan kan. 


Dari City of Dreams, kitorang jalan ke belakang dia pulak ke Hard Rock Hotel. Ada kiriman kakak ipar Mimi untuk belikan baju hard rock katanya. 



Malangnya dah tutup. HAHAHA memang plan malam ni tak berapa menjadi. Memang ukur jalan je.
Tak sangka pulak rock shop dia tutup jam 11pm.


Kebetulan masa keluar dari Hard Rock hotel ni ada satu teksi turunkan penumpang. Terus bellboy tu tahankan untuk kami. Dia yang tolong cakapkan kat teksi driver lokasi hotel kitorang. Tiba tiba bellboy tu tanya "muslim malaysia? i am muslim too"  memang chinese muslim. terus dia bagi salam sebelum tutupkan pintu. 

Right after kitorang keluar dari entrance ni tetiba ada kejadian yang mengkagumkan. Nampak ada 2 teksi berhenti tengah jalan. Dan ada sorang lelaki dan seorang perempuan umur 40an tengah berlari lari anak mengejar objek berterbangan. Masa ni angin memang agak kuat sebab nak hujan.

Kami dalam teksi terpinga pinga. Tambah terpinga bila driver kitorang pun turun dan mengejar. Rupanya DUIT wei! Memang tergamam la tengok orang duk kejar duit yang berterbangan. Sebijik macam dalam filem cina biasa tengok dulu dulu tu. Terus terbayang orang yang buang duit tu mesti naik kereta takde roof, pakai kot warna kelabu pastu duit dalam beg balik kampung brand LV pastu sambil drive, tangan satu lagi tabur duit macam nenek nenek kita tabur makanan untuk ayam kat kampung. Ha imaginasi liar sangat kan? Tak sempat pulak nak amik gambar. Lepas dah puas hati, teksi driver kitorang masuk kereta cakap "money money" Terus muka ada sinyum. Tadi masam je. 

Sampai je hotel kami, meter teksi tu tunjuk harga HKD52. Masa nak bayar tu terus driver tu cakap "no need. Free free. U give me luck"  terus apa lagi serentak duk ulang cakap thank you dan segala jenis bahasa keluar untuk cakap terima kasih tu. Pengalaman takleh nak lupa tengok adegan kejar duit. 

Sampai hotel konon konon nak rehat, sekali datang idea gila nak jalan jalan area hotel. Agak suram juga. Mungkin sebab pengcahayaan kat situ guna lampu samar samar. Bangunan pun ala ala lama. Risau jugak kat hati. Tapi Alhamdulillah ok. 

Source: FarahZulkifly

Jalan jalan sekitar hotel terjumpa restoran ni. Masa sebelum pergi dah jumpa gak dalam google. Tapi takda sapa boleh bagi exact location dia. So bila dah terjumpa, apa lagi? Terjah terus lah.


Steamed chicken dumpling


Chicken hand pulled fried noodles? Home made tau. Mee akan dibuat upon order sahaja. Meman dan dan tu dia tarik.


Macam mee sup. Tapi guna mee tarik juga dan ditambah hirisan daging kambing. 

Sedap sedap menu dia. Sungguh rasa kena dengan tekak. Padahal dah makan nasi beriyani kan? Tetap lupa diri. Sampai order 3 menu. Masak dah sedap. Tapi masalah kat sini communication. Ni memang style cakap sepatah sepatah. Nak order pun tunjuk nombor tepi menu je. Nak mintak wifi password ke atau nak suruh cakap total berapa harga pun dia tekan kalkulator. Tapi worth it sungguh. Total kami makan malam tu HKD195. Jangan convert. hehehe.

Google punya google, jumpa dah nama restoran tu. Lou Lang Restaurant. Ada jumpa website dia. Tapi in chinese. Nak cakap lokasi pun payah. Ni tuan tanah share map dari hotel ke restoran ni tau. Hopefully boleh membantu


Memang tak kreatif. Tapi harap harap dapat membantu korang tau. Restoran ni agak tersorok. Dan pasif je pekerja dia. Paling best dia cakap buka jam 10 pagi dan tutup jam 3 pagi. Untuk tuan tanah & Mimi yang dah biasa supper ni memang syok habis lah.

Oklah. Kita sambung Macau day 2 nanti nanti ye. Selamat bercuti esok!!

Tuesday, December 23, 2014

Nothing Can Substitute Experience

CAUTION: Ini memang sesi throwback yang feeling feeling.


5th March 2014. Makan nasi lemak kat Old Town kat KLIA. Dengan alasan: "Nanti kat sana kot susah dapat nasik. Takde la gigil satu badan" Padahal lepas maghrib dah makan nasi goreng paprik kat rumah tau. Excited & nervous dia memang lain macamlah. Padahal kat opis siang tu tersangatlah sibuk. Nak cuti seminggu macam cuti sebulan. Belum pergi Europe lagi ni. Lagi satu kami akan spend 9 hari kat negara yang bukan guna bahasa kita. Bukan tak boleh cakap omputih, tapi kan bila nervous datang, sel sel otak tidak berhubung dengan baik. Lagi lagi dari pembacaan, orang sana takleh cakap omputih. Tak ke memang double nervous?


Sepanjang flight dari KUL ke ICN memang tuan tanah tak tidur langsung. Tapi yang peliknya, penat tu memang hilang terus la bila sampai kat sini (even asal masuk teksi je terlelap) JATUH CINTA. Tu memang the exact word untuk trip ni. Hati lapang, takde langsung rasa beban kat bahu. Tiada masalah keluarga, tiada masalah kerja. Hanya ada tuan tanah & Mimi. 


Lain macam sungguh penangan bumi Korea Selatan ni. Cuaca dia, orang orang dia. Memang tak rasa sangat pun berada jauhhhhhhh dari Klang. Gituh.


Dan paling penting dapat pergi tengok sendiri tempat tempat yang selalu kita tengok orang pergi. Yang biasanya kita akan cakap dalam hati "Seronoknya dia dapat pergi situ. Bila la rezeki aku?" 


Level annoyed kawan kawan sekeliling rasanya memang dah sipi sipi ke paras bahaya dah. Asal sebut je satu keyword pasal Korea je, tuan tanah boleh cakap tanpa berhenti. Padahal baru pergi sekali tau. Ni baru early spring tau. Imagine kami dah verangan nak repeat trip ni during winter. Akan kami jejak balik tempat tempat yang kami pergi untuk tengok macam mana rupa ketika musim winter. 


Terima kasih Ya Allah kerana diberi kesempatan untuk meneroka salah satu pelusuk ceruk bumi Mu ini. Jika ada lagi peluang, insya Allah akan kami kembali ke sini lagi. Semoga kita dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik. 

Ok Selamat tahun baru korang!

p/s: Entry Macau & HK masih tiada dalam ingatan. Annyeong!

Monday, December 01, 2014

Buli Balik!

Kejadian ni berlaku hari ni ketika tuan tanah beratur di machine untuk bayar TM bill.

Ada la satu pakcik ni tengah berusaha menggunakan mesin ni untuk bayar beberapa bil utilities dia. Nampak macam first timer jugak la. Ala what do you expect from an old man? Sure la pakcik tu super nervous bila kakak kaunter minta dia bayar kat mesin je kan. Takde orang bantu pulak tu.

Tapi pakcik ni pun ada satu attitude malas membaca arahan. Agaknya nervous sangat sampai habis semorang yang beratur kena bantu dia. Tuan tanah yang beratur 5-6 dari belakang duk perati je. Dah la susah susah key in account number untuk semua bil, sekali duit baru nak keluar dari dompet. Terus tamat tempoh key in. Agak bengang disitu jugalah.  Sekali there was aunty in front me dengan selamba cakap "hello u punya bil banyak la, pergi kaunter bayar la. lagi tatau guna, kasi lambat saja"

I was like "wow" aunty ni gila selamba. Dari sound orang, baik lu pergi tolong kan. Ada la satu kakak ni dari machine sebelah sudi bantu pakcik ni. Bila sampai je turn aunty yang sound orang tu of course lah I expected her already familiar with this machine. Lagipun 1 je bil dia. Ntah apa dia tenyeh dalam bahasa dia, asyik asyik jadi error. Ntah mana datang keberanian mulut jahat ni terus cakap "Aunty tau guna ke tatau? Kalau tatau pergi kaunter la"

Tepuk dahi sendiri lepas tu sebab tak sangka tersembur ayat yang sepatutnya hanya dalam fikiran tu. Aunty tu terus lagi gelabah la. Bila fikir balik kelakar pun ada. Apa ke halnya tah nak buli aunty tu. Tapi persoalan disini. Kebanyakan elderly datang tu bukan bayar bil telefon tau. Bayar unifi. Clearly unifi tu anak cucu cicit dia yang guna since guna machine bayar ni pun tak tau, takkanla elderly ni tau main counter strike guna unifi kan?

WEI anak cucu cicit. Korang tak reti bayar sendiri ke? Kesian la kat orang orang tua tu. 

Wednesday, November 19, 2014

KLIA2 - HK - Macau

Hi. Bertabahlah membuat update ye Nazla **sambil tepuk bahu sendiri**. Ramai tengah menunggu keluh kesah autumn trip kamu tu. Cewah. Gila perasan kan?

Seawal jam 3 pagi pada 2 November, tuan tanah & Mimi dah mula bersiap. Dan hasil belas kasihan anak sepupu yang paling disayangi, dia setuju hantar kami jam 4 pagi ke KLIA2. None of us including Mimi have been to this aiport before. So memang sengaja gerak awal sebab asyik dengar orang cakap pasal kebesaran dan kepenatan untuk berjalan dalam airport baru tu. Better be early than sorry. Tidak mahu kejadian trip ke Jakarta berulang.


Seeeee!! Kitorang memang tak biasa travel style backpacking. Tengokla stock makanan je, dah macam nak duduk sebulan. Korang tak rasa ke bila berjalan tempat orang ni kita akan sentiasa craving nak makan? Ke kami berdua je rasa macam tu?


My cousin decided to stroll around the airport instead of just sending us off kat luar airport je. Lepas parking, turun naik lift untuk cari kat mana nak check in luggage dalam 5.30am juga la sampai ke kaunter. Upon check in luggage ni kakak kaunter tu ada inform gate tutup 20 minit before departing. Kami ramah tamah tanya berapa minit jalan dari sini ke gate P ni. Dia dengan yakinnya cakap dalam 30 minit. Fuh terus duk bayang jauh betul kalau 30 minute walking. Oh by the way wrapping service available kat tepi kaunter cek in. RM10 for each bag. Kat belakang information counter pulak ada mesin penimbang in case you nak check first before checking in. Lepas urusan check in luggage, kami decided nak makan. Kasi tawaf satu floor ni end up makan KFC. 

Lupa nak beritahu flight kami jam 8.50am. Gila awal kan kami datang? Dan kawan yang lagi 2 orang tu were in earlier flight than us. So memang depart dari KL dengan Mimi je. Dalam jam 7 babai2 sikit kat cousin, terus berjalan mencari gate P1.


Memang tersangatlah jauh menapak untuk ke gate. Tapi mujur kami memang banyak masa, memang jalan lenggang mak minah la. Nanti ada la nampak few people berlari macam ribut. Agaknya dah terlewat kan. Kat sini ada provide service buggy. Tapi macam limited. Maybe office hour kot dorang bekerja sepenuhnya hihi. 

Mujur gate P1 itu betul betul lepas custom checking tu. Apa lagi terus duduk dan tidur. Serious tidur. Ada la kejap kejap pergi toilet. Beli air. Dan jalan jalan area situ. Bagusnya semua pun brand new dan luas. Tak cramp tengok pemandangan situ. Dont worry ada surau provided kat area gate P9. Tak pulak pergi ke dalam since both of us cuti.



Those yang nak tengok map untuk departure from KLIA2 boleh refer gambar bawah.



So lepas boarding, kami duduk belah kiri & sebelah Mimi ada satu chinese aunty. Tapi lepas setengah jam dalam flight dia dah hilang. Maybe tak selesa kot duduk dengan kami yang bagak bagak ni. So untung kat kami sebab selesa!! 


Seperti biasa, Nasi Lemak Pak Nasser adalah menu pre-order wajib untuk kami. Tak lapar pun boleh jadi lapar. Padahal kan dah makan burger kat KFC tadi. Lepas dah kenyang, layan RunningMan kejap dan lalu tidur. YES!! Pertama kali dapat tidur dalam flight. Bangga dengan diri sendiri. 

After 4 hours flight, selamat sampai di Hong Kong International Airport. Macam biasa beratur untuk kastam dorang. Tak bestnya dorang tak cop pasport kita. Cuma ada kertas kecil je. Sedih. Wifi service ada dalam airport so terus cuba meng whatsapp kawan yang lagi 2 yang dah sampai awal. 


Dan ini dia. Untuk pertama kali Mimi jumpa Ms L yang tengah tu. Ms N yang bertudung biru itu pula Mimi dah pernah jumpa like 2-3 years ago. Sama la untuk tuan tanah. Kali terakhir jumpa Ms N 2-3 years ago. Dan Ms L pula dia ada ziarah waktu abah meninggal haritu. Tapi tak sempat nak borak sangatlah. So here go! Our journey starts now! 

We have arranged airport pick up from the guesthouse since nak cepat dan tak nak fikir fikir dah. Kami kan nak kejar ferry ke Macau pulak. Actually kat HK airport ni ada SkyPier. Kita boleh straight ke Macau by ferry from the airport. Without jumpa kastam & tak perlu ambil luggage. You hanya perlu beli ticket ferry dan scan barcode. So they will transfer your luggage into ferry too. Tapi oleh kerana kami ni different flights dan tak tahu the real way to deal with SkyPier, so semua bertabahlah berpatah balik nanti. 



Sementara tunggu orang guesthouse datang, sempat beli Octopus Card for $150 which $100 nilainya & $50 was deposit for the octopus card. Duit akan dikembalikan kalau pulangkan kad tu. Jangan risau, dorang boleh cakap english yang mudah difahami. 

Dari airport ke guesthouse kami kat Tsim Sha Tsui mengambil masa dalam 30 ke 40 minit dengan harga $350 untuk satu kereta Starex itu. Naik je guesthouse, letak luggage for $10 per bag then terus jalan kaki menuju ke China Ferry Terminal.


Jalan kaki 7 min tu mungkin jalan orang HK lah. Kami punya jalan dekat 15 minit juga. Lagi lagi sambil jalan tu banyak kedai yang nak tengok tengok.


Lepas jumpa ferry terminal ni, ada satu kaunter tiket cakap masih available tiket jam 5.30pm. Waktu tu dah 5.15pm. Kami siap double confirm tanya still sempat ke? Dengan yakinnya amoi tu cakap "Of course" Lepas bayar je kami berlenggang mak minah sekali lagi dan terus amoi tu cakap "Hurry up go catch the ferry"

Celaka sungguh. Rupanya kena join larian pecut 4 x 400 meter. Gate 12 pulak tu. Memang Semput la kejar. Lesson learnt. Sibuk sangat nak sampai awal tanpa usul periksa. Padan muka kami semua. We were among few yang last aboard the ferry of course. 


Seats adalah sangat selesa. Memang kalah seats Air Asia. Aircond sejuk gila & boleh beli refreshments kat dalam tu. Perjalanan yang suppose 1 jam ada delay sikit since cuaca kurang memuaskan dan keadaan laut yang agak berombak besar. Sementara tu semua layan hp sendiri since ada wifi. Masing masing duk sibuk hapdet itu ini dan lalu tidur. Hoho.

Ok dah panjang sangat ni entry introduction. Sambung later k.

Tuesday, November 18, 2014

Ole Tai Sam Un Hotel at Macau

Hi korang. Ye, tuan tanah dah pulang ke Klang. Dan dah selamat bekerja. Dah beberapa kali entry ni save to draft sebab hilang idea nak tulis. At the end, tuan tanah hanya blogwalking blog orang lain je. 

Bertabahlah wahai tuan tanah. Rajinkan diri buat entry. Jangan nak tengok kdrama je. hihi.

Nama hotel tu Ole Tai Sam Un. Terletak kira kira 400meter dari Senado Square. Paling best ada satu chinese halal restaurant kat area sini. Buka dari jam 10am dan tutup 3am. Haa tiada masalah untuk makan kenyang kenyang.


Kami booking dan bayar siap siap through Agoda. 2 Standard Double Bed Room for 1 night RM620.88 Kira sebilik dalam RM310.44 including tax. Hotel ni acceptable. Ada lift, receptionist pun speak english very well & sangat sangat helpful. 

Ok jom tengok bilik kami. 


Nampak glass wall belah kanan? Tu bathroom dia. Ye blurred glass wall. Halal je la kalau nak duk imagine sangat segala curve yang ada dibadan.


Masalah utama kami bukan bilik yang kecil. Tapi pintu bathroom tu takde! Digantikan pulak dengan langsir je. Ko ghase? Patutlah beriya iya nak upgrade kan kami dari standard room ke deluxe room. Tapi dalam ni ada few basic toiletries provided. Ada advantages kat situ la. 


Tepi bathroom pula disediakan lemari siap penyangkut baju dan room slippers. oh ya dalam ni ada safety box juga. 


TV takde channel yang kami faham. Jadi kalau buka pun sekadar nak cuba cuba. Ada electric kettle, drinking waters & 2 green tea bags. Kalau Bibier ni mesti suka kan? 


Tempah buh kad, suis segala benda dalam bilik & remote aircond. Ha tang remote aircond belah kiri ni payah sikit sebab takde label untuk each button. So macam biasa, jangan takut mencuba. Tekan je mana mana button sampai kat screen keluar yang macam familiar. hihi


Built in air-conditioner. Jangan mimpi la nak swing ke nak apa ke. Memang angin sejuk tepat ke tonsil tuan tanah yang bengkak itu. 

Overall, tuan tanah puas hati dengan bilik ni. Mudah dicari. Dekat dengan bus station, walk distance ke Senado Square, Ruin of St Paul's dan even Sintra Hotel. Helpful receiptionist dan paling penting bersih. 

Oklah. Nak kumpul lagi kerajinan untuk entry seterusnya sebelum semua hilang dalam kepala. Bye!